chi cheng, deftones

Wednesday, July 07, 2010

Perubahan

Perubahan... sesuatu yang diinginkan/ditakuti. Perubahan dalam sistem, perubahan dalam hidup.. perubahan dalam seseorang. Adakalanya perubahan itu wajib, namun selalunya perubahan hanya membawa hampa, kemarahan, persengketaan..

Namun begitu, perubahan adalah perkara yang tidak akan dapat dielakkan kerana ianya berlaku pada setiap masa yang berlalu pergi. Hmm.. perubahan yang dihargai itu hanyalah bila terlahirnya perasaan kesal.. lucu. Mengapa setiap manusia itu akan hanya berubah apabila segalanya sudahpun terlambat. apabila kata-kata yang terlunjur tidak dapat ditarik balik, apabila kelakuan yang terkasar silapnya tidak dapat dimaafkan lagi.. apabila seseorang yang seharusnya BERUBAH hanya sedar selepas sampai hadnya.

Perubahan. Sesuatu yang tidak boleh dipaksa. mengubah sesuatu/seseorang bukan atas kerelaanya hanya akan mengubah cara/perasaan yang lain. Ianya bukan benda yang boleh ditegur mahupun yang boleh diarah.. namun bila dibiarkan sahaja nescaya tiada perubahan yang akan berlaku..

"Aku telah berubah, kerana aku mahu berubah.. Kau juga sudah berubah.. namun dalam PERUBAHAN itu, kau masih yang sama"

Hati-hati dengan apa yang diidamkan. Kerana apa yang diingini kadang-kalanya bukan apa yang akan diterima. PERUBAHAN, untuk kebaikan atau sebaliknya?. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian terima sahaja akibatnya.

No comments: