chi cheng, deftones

Friday, August 14, 2009

Tatkala Hati Merindu

Pejamkan mata dan bayangkannya
hadirlah ia di hati bersua
kenangkan masa pabila bersama
bersenyumlah puas dengan apa yang ada.

kadang-kalanya yand dicari sudah jumpa
tetapi hati berlenga-lengah bersahaja..
sedarlah bahawa langit hanya penuh dengan impian
pandanglah ke bumi pulanglah ke nyata.

langkahmu perlahan bagai tiada hala
hatimu tenang seolah tiada rasa.
tatkala hati sudah merindu
madahlah dengan kata-kata bermadu.

No comments: